Selasa, 10 Ogos 2021

YOSH MyFundaction bantu 53 keluarga asnaf di Semporna

  Farhana (kanan) semasa menyampaikan bantuan tersebut kepada keluar asnaf dan salah seorang anakl yatim di lokasi tersebut.
BANTUAN: Farhana (kanan) semasa menyampaikan bantuan tersebut kepada keluar asnaf dan salah seorang anakl yatim di lokasi tersebut.

SEMPORNA: Youth Of Strength and Happiness (YOSH) MyFundaction berjaya mengagihkan sebanyak 53 kotak rezeki ummat kepada golongan asnaf di daerah ini, pada Sabtu dan Ahad lalu.

Seramai 17 orang sukarelawan YOSH MyFundaction Tawau dan Semporna menjayakan misi kemanusian tersebut yang meliputi beberapa kawasan termasuklah Pulau Sibangkat dan Kampung Gusung Melanta, Pulau Bum Bum.

Setiausaha Yosh Tawau, Nurul Farhanah Jaiby berkata misi kemanusian itu dibuat kerana menyedari golongan asnaf di kawasan tersebut sangat terjejas sejak penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Kotak rezeki ummat yang mengandungi makanan keperluan asas diagihkan kepada golongan tersebut agar dapat meringan sedikit bebanan yang mereka tanggung.

“Selain itu, kami juga turut menyampaikan amanah rakyat Malaysia untuk membantu seorang anak yatim yang tular di media sosial baru-baru ini di kawasan tersebut,” katanya.

 Sukarelawan terpaksa menggunakan pengangkutan bot untuk ke lokasi bantuan.
CABARAN: Sukarelawan terpaksa menggunakan pengangkutan bot untuk ke lokasi bantuan.

Menurutnya, pihaknya sangat bersyukur kerana penglibatan belia di Tawau dan Semporna dalam menyertai misi kemanusian sangat menggalakkan.

“Banyak cabaran terpaksa ditempuhi semasa menjalankan misi kemanusian ini termasuklah terdedah dengan jangkitan wabak COVID-19 dan lokasinya yang jauh memerlukan pengangkutan bot.

“Namun berbekalkan semangat dan amanah yang diberikan, segala cabaran tersebut diharungi untuk menjayakan setiap misi kemanusian yang dirancang,” katanya.

Farhanah menzahirkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bersama-sama menghulurkan sumbangan melalui YOSH MyFundaction.

“Saya juga mengharapkan lebih ramai lagi belia yang akan menyertai kami menjadi pengantara ataupun sukarelawan menyampaikan amanah rakyat Malaysia kepada golongan memerlukan.

“Menurut ajaran agama islam sesiapa yang melepaskan kesusahan orang lain, maka Allah akan melepaskan darinya kesusahan pada hari kiamat,” katanya.

Tiada ulasan: