Selasa, 10 Ogos 2021

KKJA beri penghormatan terakhir kepada mendiang Teo

 (Dari kiri), Chu, Yvonne, Kwan dan Jimmy hadir memberikan penghormatan terakhir. Turut kelihatan ialah Datuk Teo Chee Kang (kanan)
PENGHORMATAN TERAKHIR: (Dari kiri), Chu, Yvonne, Kwan dan Jimmy hadir memberikan penghormatan terakhir. Turut kelihatan ialah Datuk Teo Chee Kang (kanan)

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) yang diketuai Pengerusi Jimmy Goh hadir pada satu upacara memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Teo Tain Soo, iaitu ayah kepada Penasihat Undang-Undang KKJA Datuk Seri Teo Chee Kang.

Upacara diadakan di Wisma Fook Lu Siew di sini pada Selasa.

Teo menyifatkan ayahnya itu adalah seorang yang optimistik dan sangat berdedikasi terhadap semua pendidikan serta moral anak-anaknya.

Mendiang membesarkan kesemua enam orang anaknya sehingga berjaya menamatkan pelajaran diperingkat universiti hanya dengan pendapatan dari kedai runcit.

Hadir sama dalam upacara itu ialah Naib Pengerusi KKJA Peter Kwan, Bendahari Yvonne dan Pegawai Perhubungan Chu Ping Tyng.

Mendiang Teo Tain Soo, 87, meninggal dunia pada 5 Ogos 2021. Upacara majlis pengebumian diadakan pada 11 Ogos 2021, bermula jam 9 pagi di Nirvana Memorial Park, Tuaran.

Tiada ulasan: