
"Penguatkuasaan SOP bagi restoran (dine-in) dan pasaraya pada peringkat awal adalah lebih berbentuk pendidikan dan peringatan, bukan untuk tujuan mengenakan penalti.
"Kita berharap semua yang terlibat dalam sektor ini akan memperolehi vaksin lengkap dalam masa satu bulan. Penguatkuasaan kepada pematuhan SOP akan dilaksanakan sepenuhnya selepas itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, dengan mengambil kira kedudukan pandemik COVID-19 semasa di Sabah yang mencatatkan kes tinggi setiap hari, adalah perlu bagi semua pihak untuk mengambil apa juga tindakan untuk mengurangkan penularan.
Katanya, langkah untuk menguatkuasakan SOP baharu di restoran dan pasaraya adalah sebahagian daripada langkah-langkah berkenaan.
"Ia bertujuan mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dalam ruang niaga. Ini akan memberi manfaat serta jaminan kesihatan bukan sahaja kepada pekerja tetapi juga pelanggan.
"Langkah ini akan mengurangkan risiko penularan virus COVID-19 semasa berada di restoran dan pasaraya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan