
MIRI: Seorang lelaki yang berbogel dan berkeliaran di lobi sebuah motel di Jalan Wireless di sini awal pagi Rabu lalu dicekup polis dan Unit Rondaan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Miri.
Kelakuan suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun dalam keadaan mencurigakan itu terakam di kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit sehingga mengejutkan pekerja motel.
Pekerja wanita premis tersebut bertugas di bahagian kaunter pendaftaran yang merasa takut akan keselamatan dirinya ekoran melihat rakaman CCTV itu kemudiannya terus melaporan kejadian terbabit kepada pihak JKP Miri dan polis.
Ketua JKP Miri Malateh Mahmud berkata unit rondaan yang menerima laporan kejadian sekitar jam 3 pagi terus ke tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.
"Unit rondaan JKP Miri dan kereta peronda polis (MPV) ke lokasi dan mendapati lelaki tersebut dalam keadaan berkhayal. Pemeriksaan di bilik lelaki tersebut didapati terdapat peralatan untuk mengambil dadah dan bekas penyimpanan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Malateh berkata lelaki tersebut kemudiannya dirujuk ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Miri untuk tindakan selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan