
KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penebangan kayu secara haram dalam Ops Bersepadu Khazanah di hutan simpan Sungai Sugut, Pulau Jambongan, Beluran.
Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata operasi dijalankan bersama Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Taman - Taman Sabah (TTS) dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF).
“Hasil daripada risikan dan maklumat awam, kita menemukan 200 batang longgokan kayu bakau berhampiran sempadan hutan simpan dalam serbuan pada jam 2.33 petang.
“Kesemua kayu bakau yang dipercayai ditebang secara haram itu kemudian disita untuk tindakan lanjut," katanya semasa dihubungi semalam.
Mohd Abduh berkata, semua kayu bakau ini dipercayai untuk diseludup keluar ke negara jiran.
"Tiada tangkapan dilakukan dan semua kayu bakau itu diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sabah untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Enakmen Hutan 1968 dan Peraturan-Peraturan Hutan 1969," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan