Selasa, 10 Ogos 2021

nelayan lemas bot dipukul ombak

MIRI: Seorang warga emas mati lemas, manakala anak lelakinya terselamat selepas bot fiber mereka terbalik dipukul ombak dalam kejadian kira-kira 11 batu nautika dari Kuala Miri, tengah hari tadi.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kapten Maritim Md Fauzi Othman, berkata pihaknya menerima makluman kejadian berkenaan pada jam 12 tengah hari lalu mengarahkan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Daerah Miri ke lokasi, bagi menjalankan kerja mencari dan menyelamat.

"Pasukan kami mendapati anak mangsa yang dikenali sebagai Semido Sadan, 56, sudah diselamatkan oleh nelayan tempatan yang berada berhampiran, sementara ayahnya yang dikenali sebagai Sadan Seman, 87 hilang," katanya.

Md Fauzi berkata, Semido memberitahu ayahnya tenggelam dibawa arus deras, manakala beliau terselamat kerana memakai jaket keselamatan.

Katanya, Semido terapung selama 45 minit sebelum diselamatkan oleh nelayan tempatan yang lalu di kawasan terbabit.

Fauzi berkata, mayat sadan kemudian ditemui di kawasan berhampiran dan dinaikkan ke atas bot nelayan terbabit.

"Mayat mangsa dibawa ke Jeti Marina Bay pada jam 1.30 petang, sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Tiada ulasan: