Rabu, 11 Ogos 2021

LPPS bayar dividen RM2.74 juta kepada kerajaan negeri


 Hajiji (tiga kanan) menerima replika cek daripada Bung (tiga kiri). Turut kelihatan Jeffrey (dua kanan) dan Joachim (kanan).
DIVIDEN: Hajiji (tiga kanan) menerima replika cek daripada Bung (tiga kiri). Turut kelihatan Jeffrey (dua kanan) dan Joachim (kanan).

KOTA KINABALU: Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (LPPS) hari ini membayar dividen berjumlah RM2,743,636 bagi keuntungan 2019 kepada kerajaan negeri.

Kerajaan negeri yang diwakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima replika cek bayaran dividen berkenaan daripada Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Seri Bung Moktar Radin di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini.

Bung ketika ditemui selepas penyampaikan dividen itu berharap prestasi keuntungan perniagaan LPPS dapat dipertahankan serta di pertingkatkan pada masa akan datang.

Katanya, walaupun ketika ini pelbagai cabaran terutamanya penularan pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada perkembangan ekonomi negara.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan; Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr. Joachim Gunsalam; Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Mohd Jasmin Julpin; Pengerusi LPPS Datuk Dr. Zaki Gusmiah; dan Pengurus Besar LPPS Felix Liangson.

Tiada ulasan: