Kami Pekebun-Pekebun Kecil Getah di negeri Sabah menuntut harga bahan mentah getah yang ADIL dan SAKSAMA dalam Penentuan harga oleh Lembaga Industri Getah Sabah(LIGS).
Justifikasi kepada penetapan harga ini adalah berasaskan kepada kriteria-kriteria berikut:-
1)Gred 1- kentalan yang sudah disidai melebihi 14 hari, % Kandungan Getah Kering(KGK) harus lah pada kiraan 75%.
Bukan seperti yang menjadi amalan/diambil kira oleh LIGS hanya 60% sahaja.
( Kekurangan Kiraan KGK 15% menjadikan kerugian 90 cts/kilo jika ambil Kira harga SMR20 - RM6/-kilo)
- Gred 2 kentalan yg telah disidai 7 hari maka % KGK haruslah pada nilaian 70%.
Bukan yang dipraktikkan/ ambil kira pada masa kini hanya 50% KGK sahaja.
2) TOLAKAN KOS PEMPROSESAN tidak melebihi RM 1/- sekilogram.
( Praktik kini terhadap tolakan Kos Pemprosesan oleh LIGS adalah terlalu tinggi sehingga mencapai RM 1.65 sekilogram )
-( Sebagai perbandingan Kilang SWASTA di Kuala Lumpur, Kos Pemprosesan hanya di antara 65-75 cts sekilogram )
- * LIGS - sebagai sebuah agensi perkhidmatan kerajaan Sabah seharusnya menumpukan tanggung jawab sebagai sebuah agensi kerajaan berorientasikan perkhidmatan kepada industri getah di negeri Sabah khususnya kepada golongan pekebun-pekebunkecil. Enakmen Lembaga Industri Getah Sabah yang memberikan kesempatan kepada LIGS bergiat untuk tujuan mencari KEUNTUNGAN adalah kurang tepat dan tidak mengembangkan industri getah Sabah. Peluang pihak swasta menceburkan diri melabur dalam industri telah dihalang oleh peruntukkan Enakmen berbanding dengan keterlibatan pihak swasta di Wilayah Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
3) Hentikan Pemotongan Cess Tabung Tanaman Semula getah ( iaitu melibatkan 10 cts/ kilogram.)
- LIGS seharusnya tidak mengenakan ses ini kerana kerajaan adalah memberi peruntukan kewangan yang penuh untuk Perlaksanaan penanaman getah.
4) HARGA LANTAI -
Dengan mengambil kira harga yang ADIL dan SAKSAMA,
Kerajaan pernah mencadangkan Harga Lantai untuk bahan mentah getah( Kgk 50%) di Semenanjung Malaysia pada harga RM 3.50/kilogram.
- Harga Lantai untuk Sabah seharusnya RM 5.25 sekilogram. ( KGK 75% )
5) WUJUDKAN PENAL PENENTUAN HARGA GETAH termasuk LIGS/ LGM/Kementerian Pertanian & USAHA.
*Kami Pekebun-Pekebun Kecil Getah di negeri Sabah HANYA ingin mendapat Harga Yang ADIL.!!!
Petisyen ini dikemukakan sebagai mewakili suara hati dan pengharapan hampir 90,000 orang para pekebun kecil getah di seluruh Sabah supaya kerajaan lebih prihatin terhadap nasib dan masa depan kami.
Daripada;
Pertubuhan Pekebun-Pekebun Kecil Bersatu Sabah ( United Sabah Smallholders Association-USAHA).
Tarikh: 16/9/2022
Tiada ulasan:
Catat Ulasan