Isnin, 9 Ogos 2021

SORANG PEMANDU SESAK NAFAS SEBELUM MENINGGAL DUNIA

KUALA BERANG: Seorang pemandu lori mengadu sesak nafas, sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam treler di Kampung Tok Gebuk Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd Adli Mat Daud, berkata mangsa Wan Mohd Rudi Wan Yusoff, 34, memberitahu mengadu kepada rakannya yang juga kelindan lori terbabit, ketika dalam perjalanan dari Kuantan.

"Kira jam 2 pagi tadi, pemandu dan kelindan itu berhenti rehat di tempat kejadian sementara menunggu kedai tayar dibuka untuk menukar tayar kenderaan itu, sebelum meneruskan perjalanan ke Aring, Kelantan," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya selepas beberapa jam, Wan Mohd Rudi didapati tidak bangun dari tidur selepas dikejutkan kelindan terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.55 pagi, oleh pegawai perubatan.

Mohd Adli berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk ujian calitan COVID-19 dan bedah siasat.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – BERNAMA

Tiada ulasan: