Jumaat, 13 Ogos 2021

PPM tahan dua bot nelayan tempatan terbabit aktiviti bom ikan


 Bot nelayan berisi hasil tangkapan ikan dirampas selepas terbabit dalam aktiviti bom ikan.
RAMPAS: Bot nelayan berisi hasil tangkapan ikan dirampas selepas terbabit dalam aktiviti bom ikan.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan dua buah bot nelayan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti bom ikan di kawasan Selatan Pulau Mengalum di sini.

“Hasil pemeriksaan terhadap dua buah bot nelayan yang mencurigakan itu menemukan pelbagai jenis ikan serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti pengeboman ikan.

“Turut ditahan dalam operasi tersebut ialah lima lelaki berumur antara 21 hingga 52 Tahun,” katanya.

Menurutnya kesemua rampasan yang dianggarkan berjumlah Rm67,300 kemudiannya dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 26 (1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

“PPM Wilayah 4 Sabah menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan sebarang maklumat melalui aplikasi WhatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-9391197 bagi memastikan kesalahan melanggari undang-undang negara dapat dibendung seterusnya mengekalkan keamanan dan keselamatan setempat,” katanya.

Tiada ulasan: