Rabu, 11 Ogos 2021

Isteri pelakon Badrol Shah meninggal dunia


Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Badrol Shah, memberitahu bahawa isteri tercintanya, Farah Shila Mazlan, telah kembali ke Rahmatullah, pada petang selasa akibat Covid-19.

Menerusi entri Facebook, dia berkongsi berita duka tersebut selepas lapan hari arwah isterinya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat virus berkenaan.

“Isteri saya, Farah Shila sudah tiada. Allah lebih sayang kamu. Masuklah kamu ke dalam syurga bersama anak kita,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, beberapa kenalannya serta rakan selebriti turut mengucapkan takziah kepadanya dan berharap dia tabah dalam menghadapi dugaan berkenaan.


Tiada ulasan: