ALOR SETAR: Seramai 750 petugas kesihatan awam dan swasta di negeri ini disahkan dijangkiti COVID-19 hingga 31 Julai lalu.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata 85 kes berlaku pada tahun lalu dengan kadar insiden 0.36 peratus daripada keseluruhan petugas kesihatan di Kedah. Data pada tahun ini iaitu hingga 31 Julai pula merekodkan 665 kes atau kadar insiden 2.83 peratus.
"Peningkatan kadar ini adalah selari dengan peningkatan kes yang disahkan di negeri ini. Analisis lanjut data kes pada tahun ini menunjukkan petugas kesihatan yang disahkan positif COVID-19 berumur antara 20 hingga 60 tahun dengan 69 peratus adalah petugas perempuan," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Mengulas lanjut, Dr Othman, berkata 99.7 peratus kes sepanjang tahun ini hingga 31 Julai adalah bergejala ringan atau tanpa gejala.
Tiada kematian berkaitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dilaporkan hingga 31 Julai lalu.
"Petugas yang dijangkiti adalah kejururawatan, pegawai dan pakar perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, profesional kesihatan bersekutu, pembantu penjagaan kesihatan, petugas pentadbiran dan perkhidmatan sokongan.
"Seramai 299 atau 44.9 peratus petugas kesihatan yang dijangkiti berada pada kategori satu tanpa gejala, 364 atau 54.7 peratus berada pada kategori dua iaitu bergejala ringan.
"Hanya seorang petugas atau 0.2 peratus masing-masing berada pada kategori tiga dengan mengalami jangkitan paru-paru dan kategori empat memerlukan bantuan oksigen manakala tiada seorang pun petugas kesihatan berada dalam kategori lima," katanya.ALOR SETAR: Seramai 750 petugas kesihatan awam dan swasta di negeri ini disahkan dijangkiti COVID-19 hingga 31 Julai lalu.
Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo, berkata 85 kes berlaku pada tahun lalu dengan kadar insiden 0.36 peratus daripada keseluruhan petugas kesihatan di Kedah. Data pada tahun ini iaitu hingga 31 Julai pula merekodkan 665 kes atau kadar insiden 2.83 peratus.
"Peningkatan kadar ini adalah selari dengan peningkatan kes yang disahkan di negeri ini. Analisis lanjut data kes pada tahun ini menunjukkan petugas kesihatan yang disahkan positif COVID-19 berumur antara 20 hingga 60 tahun dengan 69 peratus adalah petugas perempuan," katanya dalam kenyataan, malam ini.
Mengulas lanjut, Dr Othman, berkata 99.7 peratus kes sepanjang tahun ini hingga 31 Julai adalah bergejala ringan atau tanpa gejala.
Tiada kematian berkaitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dilaporkan hingga 31 Julai lalu.
"Petugas yang dijangkiti adalah kejururawatan, pegawai dan pakar perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, profesional kesihatan bersekutu, pembantu penjagaan kesihatan, petugas pentadbiran dan perkhidmatan sokongan.
"Seramai 299 atau 44.9 peratus petugas kesihatan yang dijangkiti berada pada kategori satu tanpa gejala, 364 atau 54.7 peratus berada pada kategori dua iaitu bergejala ringan.
"Hanya seorang petugas atau 0.2 peratus masing-masing berada pada kategori tiga dengan mengalami jangkitan paru-paru dan kategori empat memerlukan bantuan oksigen manakala tiada seorang pun petugas kesihatan berada dalam kategori lima," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan