Selasa, 17 Ogos 2021

HUJAN LABAT

ORANG RAMAI BERATUR MENUNGGU VAKSIN..18 08 OGOS 21

orang ramai  mengambil vaksin di kawal ketat oleh polis di  dawan teganmbur dan semua ikut SOP..

vaksin di kadamaian orang ramai sedang beratur

orang ramai kadamaian sedang beratur mengambil vaksin dan semia terkawal olih polis dan pathui SOP

Amerika janji sumbang USD1 juta untuk pemuliharaan hidupan liar Sabah


August 17, 2021
 Hajiji berbincang secara maya bersama Brian mengenai bantuan Amerika kepada Malaysia dan Sabah.
BINCANG: Hajiji berbincang secara maya bersama Brian mengenai bantuan Amerika kepada Malaysia dan Sabah.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik janji Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. Mcfeeters untuk menyumbang sebanyak USD1 juta sebagai usaha pemuliharaan hidupan liar di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, bantuan berkenaan juga akan melengkapkan program perlindungan hidupan liar yang sedang dilaksanakan di negeri ini.

Katanya, pihak kedutaan berkenaan turut menawarkan kerjasama dalam usaha konservasi hutan yang merujuk kepada Program 'Heart of Borneo' (HoB), inisiatif konservasi rentas sempadan secara meluas hingga ke Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia sendiri.

"Kerajaan negeri dan Amerika Syarikat sentiasa menjaga hubungan dua hala secara baik dan mesra di antara kedua-dua negara yang terjalin sejak 1957. 

"Amerika kekal sebagai rakan dagang terbesar di negara ini dan Malaysia adalah salah satu sekutu lama serta terdekat negara itu dalam kerjasama membabitkan bidang ketenteraan, pelaburan, ekonomi dan pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menyampaikan penghargaan kepada Brian ketika berhubung secara maya di sini semalam.

Terbaharu dalam kerjasama dua hala itu, Amerika menyumbang sebanyak satu juta dos vaksin kepada Malaysia dan menjanjikan tambahan bantuan COVID-19 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia.

"Kami berterima kasih dengan semua bantuan yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Malaysia dan Sabah dalam bidang pendidikan, pemuliharaan alam semula jadi dan yang terbaharu bantuan untuk memerangi pandemik COVID-19.

"Bantuan ini akan mempercepatkan lagi usaha kami dalam memerangi cabaran susulan penularan pandemik COVID-19," katanya.

Pada sesi itu, Hajiji dan Brian turut menyentuh pelbagai isu lain termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pemerdagangan manusia, pendatang tanpa izin (PTI), dan kerjasama Kedutaan Besar Amerika Syarikat dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menangani keganasan.

Brian yang memegang jawatan berkenaan sejak Februari tahun ini turut menyatakan tidak sabar untuk berkunjung ke Sabah iaitu destinasi pelancongan yang terkenal dalam kalangan rakyat negaranya kerana tarikan alam semula jadi dan Gunung Kinabalu.

20 peratus warga Indonesia sudah divaksin di Tawau


CALON PERDANA MENTERI KE-9👂

Isnin, 16 Ogos 2021

Agong perkenan pelantikan jawatan,lantik muhyiddin sebagai perdana menteri sementara

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa serta merta.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata susulan peletakan jawatan itu, Seri Paduka turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara sehingga seorang Perdana Menteri baharu dilantik.

"Ini selaras Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Seri Paduka hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri baharu untuk mempengerusikan Jemaah Menteri.

"Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang telah dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac 2020, khususnya dalam memerangi pandemik COVID-19.

"Selaku Ketua Utama Negara, Seri Paduka memahami dan menghormati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang dibuat oleh Muhyiddin berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sesi menghadap oleh Presiden BERSATU itu berlangsung di Istana Negara itu selama 30 minit bermula jam 12.30 tengah hari.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada jam 11 pagi.

Sementara itu, Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi SPR bahawa sehingga 10 Ogos lalu, sebanyak 484 atau 79 peratus daripada 613 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah zon merah COVID-19.

Katanya, Seri Paduka turut mengambil maklum bahawa fasiliti-fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

"Justeru pada hemat Seri Paduka, pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat," katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka menzahirkan harapan agar kemelut politik yang berlarutan tanpa kesudahan yang telah mengganggu kelancaran tadbir urus negara ini dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam oleh pandemik COVID 19.

"Seri Paduka turut mengambil kesempatan ini menyeru seluruh rakyat agar bertenang dan bersama baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera," katanya.

bersatu bincang hala tuju selepas muhyiddin letak jawaran

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU sedang mengadakan mesyuarat secara atas talian bagi membincangkan langkah parti dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata ahli parti berkenaan diminta supaya bertenang dan memberi kepercayaan kepada MPT.

"Saya jangka Timbalan Presiden (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu )akan membuat pengumuman selepas keputusan dicapai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU meletakkan jawatan selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Wan Saiful berkata, parti itu menjunjung kasih atas perkenan

Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima peletakan Muhyiddin

sebagai Perdana Menteri.

Katanya, tindakan Muhyiddin menunjukkan beliau seorang negarawan yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara.

"Sejak awal lagi, beliau mahukan kestabilan politik untuk membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memerangi COVID–19.

"Malang buat negara kita kerana ada segelintir pihak berkepentingan peribadi yang rakuskan kuasa terus menerus merosakkan kestabilan itu.

"Jasa (Tan Sri) Muhyiddin sebagai Perdana Menteri adalah jelas. Program vaksinasi kebangsaan berjalan dengan baik sehingga aktiviti ekonomi sudah boleh dibuka semula secara berperingkat.

"Dijangkakan imuniti kelompok akan dicapai tidak lama lagi, manakala ekonomi negara juga dijangka berkembang semula bermula tahun depan," katanya.

Beliau berkata, jumlah bantuan diberikan kerajaan pimpinan Muhyiddin kepada rakyat juga sudah mencecah rekod yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

"Pemimpin kerajaan selepas ini boleh menjangka kejayaan akan datang adalah usaha dan landasan yang disediakan Muhyiddin selama ini.

"Saya yakin rakyat keseluruhannya amat menghargai jasa Tan Sri Muhyiddin," katanya.

saya dah jemaah Menteri telah cuba melakukan yg terbaik'muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas sebarang kesilapan dan kelemahan sepanjang beliau mengetuai pentadbiran negara sebagai Perdana Menteri.

Permohonan maaf itu dizahirkan dalam perutusan khas memaklumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin memaklumkan, pentadbirannya yang bertahan selama 17 bulan, sudah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan rakyat Malaysia.

Namun, beliau mengakui usaha yang dilaksanakannya terdapat kelemahan dan sehubungan itu beliau memohon maaf dan berharap kerajaan baharu yang bakal dibentuk akan meneruskan segala perancangan mengekang COVID-19 yang sedang berjalan.

"Saya dan rakan-rakan dalam Jemaah Menteri telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi kehidupan saudara dan saudari sekalian dalam tempoh krisis yang masih kita hadapi pada masa ini.

"Namun, sebagai manusia, pastinya ada salah dan silap di sana ini. Jadi saya memohon maaf," katanya.

MUHYIDDIN MINTA RAKYAT KEKAL TENANG

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat kekal tenang dan berdoa supaya Allah sentiasa memelihara keselamatan dan keamanan negara serta dan mengekalkan perpaduan seluruh rakyat.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih atas sokongan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.

"Saya akan terus berbakti kepada anda serta sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan anda semua.

"Kekal bertenang. Mudah-mudahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diberikan rahmat kebijaksanaan untuk memilih Perdana Menteri yang baharu menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri, hari ini.

Muhyiddin mengakhiri perutusan itu dengan bacaan doa ringkas, sebagaimana kelaziman dalam mana-mana perutusannya.

Ahad, 15 Ogos 2021

TPM,menteri tenggalkan perdana Putara

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat meninggalkan Bangunan Perdana Putra pada jam 12.27 tengah hari.

Beliau keluar dari bangunan itu selepas menghadiri mesyuarat khas Kabinet dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berlangsung kira-kira tiga jam.

Turut dilihat meninggalkan bangunan berkenaan ialah Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

salah guna lesen, peniaga dikenakan tindakan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam mengenakan tindakan ke atas seorang pemilik lesen Wilayah Bebas Peniaga (WBB)-KL Prihatin, selepas didapati menyalahgunakan lesen.

Tindakan dikenakan selepas pemilik lesen terbabit, warga tempatan didapati menyewakan tapak niaga di Jalan Kuantan, Taman Tasik Setiawangsa, kepada warganegara asing (Myanmar) dengan kadar sewa RM30 sehari.

Berikutan itu, satu tindakan sita diambil terhadap peralatan perniagaan dan notis kompaun di bawah UUK 3 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 telah dikeluarkan.

DBKL sehubungan itu memberi amaran kepada peniaga bagi lesen WBB-KL Prihatin untuk tidak menyalahgunakan lesen yang diberikan.

"Semakan DBKL mendapati lesen yang dikeluarkan tamat tempoh dan dikatakan dalam proses permohonan semula.

"Pemantauan sepanjang tempoh lima hari mendapati pemilik asal tidak menjalankan perniagaan dengan pelbagai alasan," katanya menerusi laman media sosial rasmi Facebook DBKL, hari ini.

Kesemua barangan sitaan dibawa ke Stor Sitaan DBKL, Jalan Lombong Cheras.

Lesen itu dikeluarkan hanya kepada warga tempatan yang layak oleh DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 yang melanda ketika ini.

Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan oleh DBKL terhadap pelesen WBB itu dilaksanakan dari semasa ke semasa selagi mana kebenaran itu berkuat kuasa.

Muhyiddin tinggalkan Bangunan Perdana Putra

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Bangunan Perdana Putra tepat jam 12 tengah hari tadi.

Beliau juga sempat membuka tingkap kenderaannya dan melambaikan tangan kepada pengamal media yang berada di luar pintu protokol.

Difahamkan, Muhyiddin akan ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang berlangsung kira-kira tiga jam.

Selain Muhyiddin, turut dilihat meninggalkan bangunan berkenaan ialah Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

peguam Negara,Pengerusi SPR tinggalkan lstana Negara

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas hampir sejam memasuki Istana Negara.

Kenderaan rasmi yang membawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh juga sudah meninggalkan Istana Negara, sebentar tadi.

Kenderaan pelbagai guna yang membawa Idrus keluar melalui pintu satu pada jam 11.55 pagi.

Mereka tidak memberhenti kenderaan atau memberi sebarang ulasan mengenai pertemuan yang berlangsung kira-kira dua jam itu.

Abdul Ghani memasuki Istana Negara melalui Pintu 2, kira-kira jam 10 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ini belum keluar dari Istana Negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kini perjalanan ke Istana Negara selepas selesai Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

mesyuarat khas kabinet selesai

PUTRAJAYA: Kenderaan membawa anggota Kabinet dilihat mulai keluar dari pekarangan Bangunan Perdana Putra kira-kira 11.45 pagi, selepas selesai mesyuarat khas pagi ini.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang menghentikan kenderaan masing-masing untuk bercakap kepada media.

Antara menteri yang dilihat keluar adalah Menteri Kewangan, Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Kesemua menteri terbabit sebelum itu menghadiri mesyuarat khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 10 pagi tadi.

ketua polis Negara memasuki lstana Negara

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11.16 pagi tadi.

Kenderaan yang membawa beliau memasuki pekarangan Istana Negara melalui pintu satu.

Setakat ini, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang tiba pada 10.47 pagi tadi, belum keluar dari Istana Negara.

Bebrapa menteri tiba untuk mesuyuarat khas kabinet.

PUTRAJAYA: Kenderaan membawa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilihat memasuki pekarangan Bangunan Perdana Putra pada jam 9.45 pagi tadi.

Beliau disusuli Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, kira-kira 5 minit kemudian.

Yang turut kelihatan, kenderaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sebelum itu, beberapa kenderaan mewah dengan plat 'Menteri' turut dilihat memasuki bangunan yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri.

Semua menteri terbabit dijangka menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini.

peguam Negara menghadap seri paduka.

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang membawa Idrus memasuki pekarangan istana melalui Pintu 1 pada jam 10.47 pagi.

Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijadual menghadap Seri Paduka pada tengah hari ini.

kawalan keslmatan ketat di pintu lstana Negara.

KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di Pintu 2 Istana Negara di sini, dipertingkatkan selepas lokasi berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan petugas media dan orang ramai hari ini.

Beberapa anggota polis peronda dilihat dikerahkan untuk menjaga aliran trafik dan keselamatan kawasan sekitarnya, susulan kemelut politik negara.

Malah, kawasan pagar Pintu 2 Istana Negara juga dikawal rapi hampir 10 anggota polis yang dilengkapi senjata.

Petugas media kembali 'berkampung' di Istana Negara bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kedudukan kerajaan.

Kawalan keselamatan di Pintu 2 Istana Negara dipertingkatkan selepas lokasi berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan petugas media dan orang ramai. - NSTP/Aswadi Alias
Kawalan keselamatan di Pintu 2 Istana Negara dipertingkatkan selepas lokasi berkenaan sekali lagi menjadi tumpuan petugas media dan orang ramai. - NSTP/Aswadi Alias

Setakat jam 10 pagi tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilihat tiba di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum perkembangan terkini kemelut politik.

Ia rentetan siri 'pertelingkahan' pemimpin politik pelbagai parti, sehingga mendorong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat.

Beberapa anggota polis peronda dilihat dikerahkan untuk menjaga aliran trafik dan keselamatan kawasan sekitarnya. - NSTP/Aswadi Alias
Beberapa anggota polis peronda dilihat dikerahkan untuk menjaga aliran trafik dan keselamatan kawasan sekitarnya. - NSTP/Aswadi Alias

Ia bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dikatakan mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet, dipercayai bagi membincangkan kedudukan terkini kerajaan di Putrajaya.

Suasana di perkarangan pintu 1 Istana Negara. - NSTP/Shahril Badri Saali
Suasana di perkarangan pintu 1 Istana Negara. - NSTP/Shahril Badri Saali

pergerakan muhyiddin jadi tumpuan

KUALA LUMPUR: Pergerakan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia, khususnya petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.

Perdana Menteri ketika dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Damansara pada 7.42 pagi dilihat melambai ke arah media yang telah berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi.

Beliau kemudian tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.07 pagi, dijangka untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet.

Turut kelihatan tiba di bangunan itu, kenderaan-kenderaan membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Di PUTRAJAYA, Muhyiddin yang tiba di bangunan Perdana Putra itu melambai ke arah petugas media yang berkumpul sejak 7 pagi.

Turut kelihatan kenderaan-kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Affendi Buang tiba di bangunan itu.

PETUGAS media berkumpul di luar Bangunan Perdana Putra pagi ini berikutan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadiri mesyuarat khas Kabinet hari ini. - Foto BERNAMA
PETUGAS media berkumpul di luar Bangunan Perdana Putra pagi ini berikutan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadiri mesyuarat khas Kabinet hari ini. - Foto BERNAMA

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semalam, satu mesyuarat khas Kabinet akan diadakan pada Isnin (hari ini) tanpa memperincikan agenda pertemuan tersebut.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dilaporkan berkata Muhyiddin dijangka membuat satu pengumuman khas hari ini. - BERNAMA

Kenderaan-kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet mula dilihat memasuki Perdana Putra sejak 9.30 pagi.

Antara yang kelihatan ialah kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut kelihatan kenderaan yang membawa menteri-menteri kanan iaitu Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.

Kenderaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga memasuki bangunan itu. – BERNAMA

kornologi kemelut politik.

KUALA LUMPUR: Kemelut politik melanda ketika negara berdepan pandemik COVID-19 menyaksikan kedudukan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN) terus menjadi perhatian.

Susulan kemelut itu, Muhyiddin dijangka membuat satu pemakluman penting berkaitan kedudukan beliau hari ini selepas mengambil alih tampuk kepemimpinan negara sejak 1 Mac lalu.

Berikut adalah kronologi sejak pelantikan beliau sehingga tercetusnya kemelut politik yang melanda negara.

23 Februari 2020 - Muhyiddin selaku Presiden BERSATU mengumumkan parti itu keluar Pakatan Harapan (PH) susulan kemelut jawatan Perdana Menteri.

24 Februari 2020 - Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh.

1 Mac 2020 - Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

12 Januari 2021 -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

7 Julai 2021 - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO membuat keputusan menarik balik sokongan kepada kepemimpinan Sri Muhyiddin.

- UMNO menuntut Muhyiddin meletak jawatan bagi memberi laluan kepada seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad bagi menguruskan hal pandemik COVID-19 dan bantuan kepada rakyat.

26 Julai 2021 - Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membincangkan pandemik COVID-19.

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini.

- Semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan pada 21 Julai lalu.

29 Julai 2021 - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi desak Perdana Menteri letak jawatan kerana mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua Ordinan Darurat dibahas dan diungkaikan di Parlimen.

3 Ogos 2021 - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

4 Ogos 2021 - Muhyiddin dalam perutusan khas menjelaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih utuh dan mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

- Muhyiddin menegaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.

6 Ogos 2021 - Seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan PN pimpinan Muhyiddin.

9 Ogos 2021 - UMNO mengesahkan utus dua warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos lalu, menyatakan penarikan sokongan kepada Muhyiddin.

13 Ogos 2021 - Muhyiddin mengemukakan cadangan persefahaman rentas parti bagi membolehkan usul percaya kepada Perdana Menteri diluluskan dengan undi bipartisan di Dewan Rakyat, sekali gus kerajaan boleh terus berfungsi mengurus pandemik hingga tiba masa sesuai untuk diadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

- UMNO, Pakatan Harapan (PH) Parti Warisan Sabah (WARISAN), Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) dan Ahli Parlimen Bebas tolak tawaran Muhyiddin.

15 Ogos 2021 - Muhyiddin menghadiri mesyuarat bersama pimpinan PN di Publika.

- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Muhyiddin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

16. Ogos 2021 - Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya

- Dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara tengah hari ini.

'jika lsmail sabri dicalonkan,saya sokong'-shahidan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengakui wujud perbincangan politik, termasuk pencalonan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Namun, beliau enggan mengesahkan sama ada wujud usaha mengumpulkan Akuan Bersumpah (SD) untuk tujuan mengangkat Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sudah tentu ada kaedah dan cara bagaimana Ahli Parlimen menyatakan sokongan mereka," katanya kepada BH ketika ditanya mengenai gerakan mengumpul SD untuk menyokong Ahli Parlimen Bera berkenaan sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengesahkan ada usaha mengumpulkan SD bagi menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Beliau juga mengesahkan sudah pun menandatangani SD berkenaan, namun tidak mendedahkan Ahli Parlimen lain yang mungkin sudah berbuat demikian.

Shahidan menjelaskan beliau ada mendengar nama Ismail Sabri dicalonkan bagi jawatan itu dan akan menyokong pencalonan berkenaan jika ada.

"Jika Ismail Sabri dicalonkan, saya sokong. Saya sebagai ahli UMNO sudah tentu sokong calon parti. Kita ada rakan parti dalam PN, jika mereka berasa UMNO perlu menerajui (kerajaan), maka kita seharusnya terima dan sokong.

"Keadaan ini sama masa ketika PN dibentuk apabila BERSATU namakan Muhyiddin, UMNO sokong dan ini mendapat persetujuan parti lain," katanya.

Ditanya sama ada sudah menandatangani sebarang SD, beliau mengelak menjawab soalan itu, sekadar memaklumkan: "Ada macam-macam cara dan kaedah untuk kita nyatakan sokongan".

peguam Negara tibah untuk mesuarat khas kabinet.

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun tiba di Bangunan Perdana Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada jam 8.29 pagi tadi.

Beliau dijangka menghadiri mesyuarat khas Kabinet yang akan dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadualkan kira-kira jam 10 pagi nanti.

Terdahulu, kenderaan membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani; diikuti Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jen Tan Sri Affendi Zali dilihat memasuki kawasan bangunan sama.

MEKALUMAN PENTING

Pembangkang wajar terima tawaran bersama kerajaan


YONG
YONG

Setiausaha Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Yong Wui Chung berkata, rakyat kini telah kecewa dengan keadaan politik yang tidak stabil.

Katanya, ketidakstabilan itu wujud akibat daripada sesetengah Ahli Parlimen membentuk agenda tersendiri yang dilihat lebih memberikan kepentingan diri berbanding rakyat.

Menurutnya, setiap parti mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk mengetepikan Perdana Menteri tetapi kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan.

"Perkara yang pasti adalah rakyat kini malas melayan pemimpin politik yang gila kuasa. Pandemik COVID-19 telah menjejaskan ekonomi negara, tetapi mereka masih tidak berusaha membantu membangunkan semula ekonomi.

"Ini disebabkan mereka hanya tumpukan agenda masing-masing dan menuding jari ke arah Perdana Menteri dengan mengatakan kegagalan membendung penularan wabak itu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Oleh yang demikian katanya, beliau menyeru parti pembangkang mendengar cadangan Ahli Parlimen Damansara Tony Pua yang mahukan rakan-rakannya untuk mempertimbangkan tawaran Perdana Menteri sebelum menolaknya, memandangkan Ketua Pembangkang tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

Katanya, Tony juga menyeru agar pembangkang hadir pada mesyuarat yang dicadangkan Perdana Menteri. 

"Sekiranya pemimpin DAP, PKR dan Amanah serta BERSATU membentuk semula kerajaan, ia sudah pasti mampu mengembalikan reformasi yang dibentuk sebelum itu," katanya.

Yong berkata, tawaran itu berbaloi kerana misi utama adalah untuk menghalang kleptokrat berkuasa semula. Ramai dalam kalangan pemimpin pembangkang mahu tamatkan krisis politik seterusnya bergerak ke arah kemajuan bersama.

Program derma darah perlu diperkasa


 Lawrence (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Herman
SERAH: Lawrence (kanan) menyerahkan sumbangan kepada Herman

TAMBUNAN: Program derma darah perlu diperkasakan dalam usaha membantu Unit Patalogi dan Tabung Darah Hospital.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kampung (JPKK) Kg Lintuhun Herman Stephen Tuning berkata, usaha itu diperlukan bagi menambahkan bekalan darah di hospital agar sentiasa dalam keadaan mencukupi untuk keperluan pesakit.

Oleh yang demikian, pihaknya bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah ini akan menganjurkan program derma darah bertempat di bangunan balai raya Kg Lintuhun dalam masa terdekat ini.

Sehubungan dengan itu katanya, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan tampil menyokong usaha murni itu dengan menyumbangkan 200 kilogram beras bagi menjayakan program berkenaan.

Penyerahaan sumbangan disampaikan oleh staf Pejabat Wakil Rakyat Lawrence Anap yang mewakili Datuk Seri Jeffery Kitingan kepada Herman.

Luaskan tempoh sebulan vaksinasi kepada semua sektor


LING
LING

KOTA KINABALU: Kerajaan wajar mempertimbangkan tempoh sebulan mendapatkan vaksinasi lengkap diluaskan kepada sektor perkhidmatan serta ekonomi yang lain sebelum menguatkuasa sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan.

Mantan Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kota Kinabalu (KCCCI)Datuk Seri  Ling Hie Sing berkata, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pendekatan yang diambil bagi membenarkan pekerja restoran dan pasaraya untuk mendapatkan vaksin lengkap dalam tempoh sebulan.

"Perkara ini juga perlu dipanjangkan ke sektor ekonomi yang lain kerana perniagaan lain juga beroperasi semula pada bulan-bulan akan datang.

"Bagaimanapun, saya juga bimbang dengan kejadian sesak di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) memandangkan kini orang ramai boleh datang tanpa memerlukan janji temu," katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Ling yang juga Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Foochow Kota Kinabalu berkata, berdasarkan perkembangan terkini vaksinasi di Sabah, masih terdapat rakyat di kawasan-kawasan tertentu yang belum menerima vaksin.

Oleh itu katanya, kerajaan harus melaksanakan kelonggaran yang diberikan itu secara adil.

Katanya, keadaan pandemik di Sabah semakin hari semakin serius dengan lonjakan kes yang sangat tinggi setiap hari.

"Sektor kurang penting ekonomi kini mahukan pengoperasian semula memandangkan mereka sudah lama tidak beroperasi.

"Saya juga berharap kerajaan Pusat akan mempertimbangkan untuk melonggarkan beberapa SOP selepas rakyat menerima dua dos lengkap vaksin khususnya kepada industri tempatan," katanya.

Menurutnya, peruntukan RM10 bilion yang diumumkan Perdana Menteri untuk bantuan rakyat perlu disalurkan segera agar ianya mampu menjamin kelangsungan hidup setiap individu di Malaysia.

Berapa lokaliti 4 negeri dikenakan PKPD mulai selasa

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa lokaliti di Sabah, Terengganu, Kelantan dan Perak selama 14 hari, bermula Selasa ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata lokaliti terbabit di Sabah ialah Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu, Kampung Suang Punggur dan Kampung Tambulaung di Kota Belud, serta Lorong Megah 2, 3, 9, dan 10 Taman Megah Jaya, Tawau.

Selain itu, beliau berkata, Kampung Bukit Cina, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu; Kampung Lela Jasa, Mukim Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan; dan Tapak Bina 'Spanish Garden', Kinta, Perak, turut dikenakan PKPD.

pemimpin UMNO,BERSATU sedang bincang nama calon perdana menteri baharu

KUALA LUMPUR: Satu pertemuan membabitkan beberapa pemimpin UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara, petang ini.

Pegawai kanan seorang menteri yang dihubungi, memaklumkan pertemuan itu antara lain menyentuh kemungkinan kerjasama semula UMNO dan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerajaan ketika ini, selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, sah meletak jawatan.

Beliau berkata, itu antara agenda perbincangan sedang berlangsung yang turut membabitkan beberapa Ahli Parlimen UMNO yang sebelum ini menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, turut menanti perkembangan hasil perbincangan itu.

"Tapi..kita tunggulah esok, selepas Perdana Menteri sah membuat keputusannya. Pertemuan politik saja untuk fikir langkah seterusnya yang wajar," katanya yang enggan memperincikan nama pemimpin kedua-dua parti yang bertemu di hotel berkenaan.

Bagaimanapun, BH difahamkan, antara yang hadir dalam perjumpaan petang ini adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO serta Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa Ahli Parlimen.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut menjurus perbincangan mengenai calon Perdana Menteri yang baharu, sumber itu mengakui itu sebahagian daripada perkara yang dibangkitkan.

"Ada dibincangkan. Mungkin cadangan saja (calon) untuk dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya meminta semua pihak menunggu perkembangan seterusnya esok.

Pegawai kanan terbabit berkata, calon itu sebaik-baiknya mestilah mampu menarik sokongan majoriti Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan komponen dalam PN, jika kesepakatan BN-PN mahu dikekalkan selepas ini.

UMNO sebelum ini menarik sokongan kepada Muhyiddin dan PN, namun sebahagian Ahli Parlimen UMNO bertegas supaya kerjasama UMNO-PN dikekalkan, sekurang-kurangnya sehingga Parlimen dibubarkan untuk PIlihan Raya Umum (PRU) kelak.

Sementara itu, BH difahamkan, pegawai di pejabat menteri dan timbalan menteri di Putrajaya, sudah mula mengosongkan meja masing-masing sejak semalam susulan laporan kemungkinan Muhyiddin menyembah surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Pagi tadi, satu pertemuan diadakan di ibu negara membabitkan Muhyiddin dan Ahli Parlimen BERSATU, antara lain menyatakan hasrat Ahli Parlimen Pagoh untuk berundur esok.

Jumlah menurun tapi masih rekod 1,665 kes baharu


MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 1,665 kes baharu COVID-19 dengan penurunan sebanyak 87 kes berbanding hari sebelumnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tidak banyak perubahan kes baharu hari ini berbanding semalam.

"Penurunan kes hari ini dipengaruhi oleh penurunan ketara sejumlah 229 kes di Kota Kinabalu. Tetapi ini bukan satu tren penurunan yang kekal kerana kes-kes baharu sentiasa turun naik setiap hari.

"Jumlah kes harian di Sandakan naik dua kali ganda ke 244 dimana 65.2 peratus adalah melalui saringan kontak rapat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes di Kinabatangan naik mendadak daripada 15 ke 152 kes hasil saringan di kalangan penduduk di Kluster Tangkuyan (128). 

Katanya, Penampang berkurangan 100 kes semalam tetapi Papar menambah 38 kes baharu. 

"Kes baharu di Tuaran juga berkurangan sebanyak 55 kes dan Keningau turun 31 kes. Tongod menambah 21 kes, Tambunan 18 dan Kota Belud 21.

"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah dengan 915,  saringan bergejala 390 dan kes-kes daripada kluster 226,"katanya.

Menurutnya, hampir 37 peratus kes di Kota Kinabalu adalah daripada saringan bergejala, 31.4 peratus di Tawau, 41.4 peratus di Penampang dan 44.6 peratus di Tuaran.

Dalam pada itu katanya, 386 kes daripada semua pesakit hari ini adalah dalam kategori 1, 751 dalam kategori 2 dan 517 masih dalam siasatan.

"Lapan orang dalam kategori 3, dua dalam kategori 4 dan satu orang dalam kategori 5.

"Sehingga 14 Ogos 2021, 1,251,184 daripada semua penduduk dewasa Sabah telah pun memperolehi satu dos suntikan vaksin dan 599,823 orang telah melengkapkan suntikan dua dos. 

"Peratusan penerima dua dos lengkap dijangka bertambah minggu hadapan apabila lebih ramai penduduk akan memperolehi dos kedua mereka," katanya.
 


Muhyiddin dijangka buat pengumuman esok - Ahli MPT Bersatu


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman khas esok, demikian menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

"Insya-Allah ada pengumuman (oleh Muhyiddin)... apa pun kita tunggulah esok," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat khas Bersatu di Publika, Jalan Dutamas, di sini hari ini.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan dihadiri beberapa pimpinan tertinggi parti.

Antara yang kelihatan hadir pada mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam bermula jam 9 pagi itu ialah Timbalan Presiden Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, dan ahli MPT iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamarudin Jaafar, Datuk Mansor Othman serta Datuk Dr Noor Azmi Ghazali. 

Selain pimpinan Bersatu, turut kelihatan hadir adalah Ahli Parlimen Kuala Langat (Bebas), Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan reaksi perdana menteri tidak berjaya selepas difahamkan beliau beredar mengikut laluan lain selain ahli MPT Bersatu yang lain juga enggan memberikan komen lanjut. 

Jumaat lalu, Muhyiddin dalam satu pengumuman khas antara lain menawarkan kerjasama rentas parti antara kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan parti-parti lain, namun tawaran itu ditolak majoriti parti pembangkang. 

Sementara itu, mengulas lanjut, Mohd Redzuan, yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka, berkata mesyuarat berkenaan membincangkan hala tuju sekiranya Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Perdana Menteri telah mengkaji setiap pilihan terakhir semata-mata untuk kepentingan rakyat dalam keadaan kita krisis hari ini. Tetapi kita akur kepada Perlembagaan, (dan) sekiranya menarik sokongan atas kepentingan peribadi tanpa mengira kepentingan rakyat, maka kita kena uruskanlah dengan yang terbaik. 

"Itu terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan negara ini terus diterajui oleh kepimpinan yang boleh beri keprihatinan kepada rakyat," katanya. - Bernama

hutang lebih tinggi tampung keperluan rakyat ,ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu membuat pinjaman yang lebih besar pada 2020 dan 2021 berbanding pinjaman tahunan biasa berikutan komitmen untuk memastikan kestabilan rakyat dan ekonomi negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata jumlah pinjaman yang tinggi itu bagi melaksanakan pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi bagi melindungi kehidupan rakyat, menyokong perniagaan dan memelihara ekonomi.

Beliau berkata, secara umumnya, pinjaman bertujuan untuk membiayai semula hutang yang matang dan menampung defisit belanjawan bagi melaksanakan program untuk membantu rakyat dan pemulihan ekonomi.

Namun, tegasnya, Malaysia kini berada dalam situasi yang luar biasa dan sedang mengharungi krisis kesihatan dan ekonomi global yang paling mencabar dalam sejarah.

"Dalam keadaan ekonomi yang lebih baik, kerajaan sebenarnya tidak perlu banyak meminjam. Ini kerana pendapatan melalui cukai dan sebagainya boleh menampung perbelanjaan.

"Namun, dalam situasi hari ini, krisis ekonomi dan kesihatan kesan pandemik COVID-19, pendapatan kerajaan menurun dengan drastik.

"Pada masa yang sama, keperluan untuk membantu rakyat meningkat. Meminjam ataupun berhutang adalah salah satu sumber dana kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat tetap terbela," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Tengku Zafrul berkata, jumlah pinjaman kasar yang dibuat kerajaan persekutuan dari Januari sehingga 13 Ogos tahun ini adalah sebanyak RM141.3 bilion merangkumi beberapa perkara, antaranya adalah pembiayaan semula hutang terdahulu yang matang sebanyak RM58.5 bilion.

Katanya, hutang ini adalah pinjaman yang dibuat bagi membiayai defisit fiskal terdahulu yang dialami sejak 1998.

"Memandangkan negara masih lagi berada dalam kedudukan fiskal defisit katanya, kerajaan perlu membuat pinjaman bagi membiayai pinjaman yang akan matang," katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata, ia digunakan sebagai pembiayaan defisit fiskal sebanyak RM82.8 bilion bagi program dan projek pembangunan yang diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2021, selain beberapa pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi.

"Ini termasuk penebusan semula hutang yang akan matang pada tahun ini. Daripada RM82.8 bilion itu, sehingga akhir Julai 2021, sebanyak RM51.3 bilion digunakan untuk membiayai perbelanjaan bagi membiayai pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi melalui Kumpulan Wang COVID-19.

"Sebanyak RM20.3 bilion pula dibelanjakan termasuk bagi program ️Bantuan Prihatin Rakyat (RM6.5 bilion), Bantuan Prihatin Nasional (RM2.4 bilion), subsidi upah (RM4.3 bilion), perbelanjaan berkaitan COVID-19 (RM1.5 bilion), sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas (RM700 juta), geran khas prihatin (RM2.4 bilion) dan projek berskala kecil (RM700 juta)," katanya.

Tengku Zafrul berkata, perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM31 billion pula merangkumi projek pembangunan infrastruktur termasuk bayaran komitmen kewangan melebihi RM15 bilion yang sebelum ini dilaksanakan secara 'off-budget'.

Beliau berkata, bakinya pula adalah bagi memenuhi keperluan aliran tunai dan membiayai hutang yang akan matang.

"Kerajaan sentiasa telus dalam membuat pinjaman, dengan kesemua maklumat rasmi berkenaan kedudukan fiskal dan hutang negara, termasuk mengenai pinjaman kasar kerajaan dikemukakan dalam beberapa sumber rasmi," katanya.

GRS TIDAK terkesan dengan peletakan jawatan PM.

KUCHING: Peletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan memberi banyak kesan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS), kata penganalisis politik Profesor Datuk Mohd Fadzil Abdul Rahman.

Jelasnya, ini kerana keberadaan GPS dalam Kabinet selama ini adalah atas kapasiti dan semangat menyatakan sokongan sahaja tanpa membabitkan apa-apa ikatan sebagai sebuah parti komponen.

"Justeru ia tidak terlalu memberikan banyak kesan, cuma mungkin hanya mengurangkan sedikit kelebihan dan peluang dalam membawa isu serta usul secara langsung mengenai hal ehwal Sarawak, berbanding dengan kedudukan wakil mereka di pelbagai kementerian dalam Kabinet persekutuan," katanya hari ini.

Pada masa sama, Mohd Fadzil berkata GPS masih boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja sebagai sebuah parti yang bebas daripada terikat sebagai sebuah parti komponen dengan mana-mana parti lain di Semenanjung.

Dengan demikian, katanya GPS tidak terlalu tertekan mahupun terkesan dengan apa-apa juga keputusan peletakan jawatan Muhyiddin, melainkan hilang kedudukan sebagai wakil ahli Kabinet dalam Kerajaan Persekutuan.

"Memilih untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, itu adalah hak GPS asal saja ia difikirkan wajar, sesuai dan seiring dengan hasrat dan aspirasi yang diinginkan oleh pucuk kepimpinan GPS sendiri.

"Jika afiliasi yang dipilih itu difikirkan akan menguntungkan dan memberikan kelebihan kepada parti dan rakyat Sarawak, sewajarnya ia diteruskan.

"Dalam politik soal musuh dan lawan adalah perkara biasa dan kita telah beberapa kali melihat ia berlaku," katanya.

Justeru, Mohd Fadzil menambah andai kata GPS masih diperlukan dan diberikan kepercayaan untuk bekerjasama dengan mana-mana pemerintah yang ditubuhkan selepas ini, GPS wajar memberikan pertimbangan yang sebaik-baiknya jika peluang berkenaan dinilai dan dilihat sebagai sesuatu yang menguntungkan dan memberikan kelebihan buat Sarawak.

"Dengan kata lain, apa juga yang bakal memberikan kebaikan buat Sarawak, ia haruslah dipertimbangkan oleh kepimpinan GPS, asal saja kerajaan yang tertubuh nanti faham akan pendirian kerajaan Sarawak mengenai segala aspek yang sedang diperjuangkan dan bersedia menerima GPS seadanya," katanya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini mengesahkan Muhyiddin akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Beliau mengesahkan perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Ahli Parlimen BERSATU dengan Perdana Menteri di Pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika, hari ini.

Agong tak perlu temui semua Ahli2 parlimen untuk di lantik perdana menteri baru.

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti, tanpa perlu menemui kesemuanya secara peribadi bagi mengetahui calon Perdana Menteri yang menjadi pilihan masing-masing.

Perkara itu termaktub dalam Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, yang mana baginda mempunyai kuasa prerogatif bagi menentukan kaedah pemilihan bagi lantikan jawatan itu, selagi syarat dalam peruntukan berkenaan dipenuhi.

Pakar Perlembagaan, Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan kebijaksanaan dan budi bicara baginda dalam proses untuk membuat lantikan itu, selagi kaedah yang ditentukan baginda tidak dibataskan dalam Perlembagaan.

"Baginda boleh memilih mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin boleh mendapat majoriti. Undi majoriti itu pula hanya perlu dibuktikan selepas lantikan sebagai Perdana Menteri, bukan sebelumnya.

"Bagaimana cara untuk baginda menentukannya, itu terserah kepada kebijaksanaan baginda kerana kuasa baginda di bawah perlembagaan luas selagi tidak dibataskan, tidak terhad seperti pelaksana fungsi kuasa eksekutif baginda, iaitu Perdana Menteri, ahli Kabinet dan lain-lain penjawat.

"Mungkin Yang di-Pertuan Agong boleh memanggil setiap Ahli Dewan Rakyat untuk bertanya mengenai sokongan mereka seperti yang berlaku sebelum ini, tapi itu juga tidak menjadi satu syarat buat baginda sebenarnya.

"Mungkin juga baginda boleh menemuramah calon bagi mengetahui perancangan calon itu jika dipilih sebagai Perdana Menteri, bagaimana beliau akan mengemudi negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) atau dasarnya yang boleh mengukuhkan kedudukan kerajaan selepas ini.

"Apa yang penting, Yang di-Pertuan Agong akan bertindak berdasarkan kebijaksanaan baginda, terutama dalam situasi yang sedang dihadapi rakyat dan negara ketika ini," katanya kepada BH, hari ini.

Wan Ahmad Fauzi mengulas sama ada pelantikan Perdana Menteri baharu oleh Yang di-Pertuan Agong memerlukan sokongan majoriti daripada Ahli Dewan Rakyat sebagai syarat, susulan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

Muhyiddin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah esok, dipercayai berhubung kedudukannya sebagai Perdana Menteri, selepas dipercayai hilang sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Ketika kemelut politik susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada Februari tahun lalu, semua Ahli Dewan Rakyat kecuali Dr Mahathir yang ketika itu dilantik sebagai Perdana Menteri interim dipanggil untuk menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara.

Semua Ahli Dewan Rakyat itu dititah untuk menzahirkan calon Perdana Menteri pilihan mereka kepada Al-Sultan Abdullah dalam sesi temubual secara peribadi.

Menjelaskan sama ada keabsahan Perdana Menteri baharu itu kelak perlu dibuktikan melalui undi percaya di Dewan Rakyat, Wan Ahmad Fauzi berkata, ia juga boleh dilakukan tapi bukan satu keperluan.

"Semua itu boleh dilihat melalui proses selepas itu, contohnya melalui sokongan kepada belanjawan di Dewan Rakyat. Sebelum ini pun, Tan Sri Muhyiddin juga tidak membawa sebarang usul undi percaya bagi membuktikan sokongan kepadanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

"Bagi langkah seterusnya, terserah kepada Perdana Menteri untuk mencorak Kabinetnya atau membuat kerjasama politik yang difikirkan boleh menjamin kestabilan sekurang-kurangnya sehingga PRU, seperti mahu membentuk kerajaan perpaduan atau apa saja," katanya.

muhyiddin maklum akan serah surat letak jawatan esok.

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan akan menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Ketika mengesahkan tindakan itu, beliau berkata keputusan diambil Perdana Menteri itu adalah di antara perkara dibincangkan ketika mesyuarat Ahli Parlimen daripada BERSATU dengan Muhyiddin di Publika, di sini, hari ini.

"Ya benar, peletakan jawatan... esok," katanya ringkas kepada BH.

Beliau ditanya sama ada Muhyiddin akan menawarkan peletakan jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.

Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah, berkata peletakan jawatan itu adalah jalan terakhir diambil berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kita bertanggungjawab dengan keadaan yang berlaku hari ini. Kita sudah usaha yang terbaik untuk memastikan pengurusan COVID-19 berjalan dengan baik dalam pergolakan politik yang melanda.

"Kita sudah sampai ke tahap tidak boleh buat apa-apa pun... yang terakhir ialah strategi bipartisan, namun tidak disambut. Jadi kita kena letak jawatan... kita sudah usaha yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Terdahulu, beliau berkata, mesyuarat di Publika pagi tadi adalah antara Muhyiddin dengan Ahli Parlimen daripada BERSATU dan mereka yang menyokong Perikatan Nasional (PN).

Sabtu, 14 Ogos 2021

Bot karam ,puluhan pelarian Rohingya Hilang.

CHITTAGONG: Sekurang-kurangnya 27 pelarian Rohingya hilang semalam, selepas bot dinaiki mereka karam ketika cuba melarikan diri dari sebuah kem di sebuah pulau di Bangladesh.

Hampir 20,000 etnik Rohingya ditempatkan di sebuah pulau dikenali sebagai Bashan Char terletak di Teluk Bengal yang kerap dilanda taufan setiap tahun.

Mengikut perancangan, Bangladesh mahu memindahkan 100,000 orang daripada sejuta pelarian Rohingya ke pulau itu bagi mengurangkan kepadatan kem di tanah besar.

Bagaimanapun, beberapa pelarian Rohingya mendakwa mereka dipaksa untuk berpindah sementara ribuan orang lagi bertindak memprotes pada Jun lalu, kerana tidak berpuas hati dengan keadaan hidup di pulau terbabit.

Selepas kejadian itu, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihaknya tetap prihatin dengan laporan mengenai pelarian yang ditahan kerana cuba melarikan diri dari Bashan Char.

Menurut pihak polis, bot memancing kecil yang dinaiki 41 pelarian Rohingya tenggelam selepas menelusuri cuaca buruk di Teluk Bengal, berhampiran pulau terbabit.

Polis berkata 14 orang berjaya diselamatkan dan operasi pencarian sedang dijalankan untuk mencari mangsa hilang.

"Kapal tentera laut dan sebuah helikopter turut menyertai misi pencarian," kata Pentadbir Kerajaan untuk Bashan Char, Sujit Kumar Chanda kepada AFP sambil menambah mangsa hilang termasuk wanita dan kanak-kanak.

Chanda berkata seorang kanak-kanak berumur dua tahun berjaya diselamatkan bapanya.

Bangladesh mula menjalankan penempatan semula pelarian di kem di pulau yang dianggap kontroversi bermula November dengan alasan, kem pelarian di negara itu terlalu padat dengan penghuni.

Menurut polis sejumlah etnik Rohingya yang melarikan diri dari pulau itu beberapa bulan lalu berjaya ditahan di bandar pesisir dekat wilayah Chittagong, Bangladesh.

Abdur Rahim, 27, yang bertindak melarikan diri dari Bashan Char beberapa bulan lalu, mendakwa kekurangan pekerjaan di pulau itu mendorong penghuni di situ berbuat demikian.

"Hidup di sana sangat mengerikan. Tidak ada peluang bertemu saudara-mara. Ia seperti memenjarakan kita tanpa memberi kita peluang," dakwanya.

Menurut juru kempen Amnesty International Asia Tenggara, sebuah agensi hak asasi manusia, Saad Hammadi, menggesa Bangladesh memastikan penempatan semula pelarian ke pulau terbabit atas faktor sukarela dan pelarian ada hak untuk bergerak bebas antara kawasan pulau dan tanah besar kerana ramai daripada mereka mempunyai keluarga serta saudara-mara. - AFP

sikap diplomatik Muhyddin wajar diterima

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyifatkan tawaran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk bekerjasama dengan pembangkang sebagai sikap diplomatik terpuji yang wajar diterima demi kestabilan politik di negara ini.

Presidennya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata tujuan utama Muhyiddin menawarkan kerjasama itu adalah untuk memerangi COVID-19 dan beliau bersedia melakukan apa yang perlu untuk memastikan negara berada di landasan yang betul ke arah imuniti kelompok.

"Kerajaan Persekutuan melakukan semua yang mereka mampu untuk menstabilkan ekonomi dan politik.

"Amat menyedihkan apabila beberapa ahli politik tetap berkeras ingin menggagalkan usaha ini seolah-olah mereka hanya memikirkan kedudukan dan bukannya penderitaan rakyat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jeffrey yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, Muhyiddin juga menjanjikan beberapa reformasi dan ia seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memastikan usaha ke arah pembaharuan dapat dilaksanakan sementara menunggu pilihan raya umum diadakan.

Sementara itu, beliau berkata, pendapat rakyat di Sabah dan Sarawak berhubung usaha menyelesaikan kemelut politik juga sepatutnya diambil kira.

"Kita di Sabah dan Sarawak seolah-olah hanya menjadi penonton drama politik dan apabila semuanya sudah selesai, kita diminta supaya terima apa sahaja yang ahli politik di Kuala Lumpur rasa adalah yang terbaik untuk Malaysia.

"Adalah penting bagi Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak untuk duduk dan bersatu sekarang. Apa yang kita mahu adalah supaya Kerajaan Persekutuan komited untuk menyokong dan melaksanakan hak wilayah dan kewangan kita yang sudah lama wujud," katanya.

Cucuk mata buaya untuk selamatkan diri


KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki cedera di paha kiri dan tangan kanannya akibat diserang seekor buaya di sungai Kampung Naie, di sini hari ini.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar 5 petang hari ini apabila mangsa sedang menangkap udang.

Mangsa yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun berjaya melawan reptilia tersebut dan terus menyelamatkan dirinya.

"Mangsa dikatakan mencucuk mata buaya tersebut sehingga ia melepaskannya dan menyebabkan kecederaan di tangan dan kaki.

"Dia kemudian segera menyelamatkan diri dan kemudian terus mendapatkan bantuan dari penduduk kampung," katanya.

Seterusnya mangsa dikejarkan ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa sehingga berita ini ditulis dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan.